my name is Siti Nur Fasihah binti Harun..."fasihah, sihah, seha, adeq ", tu sume my nick name..so, free to call me watever u wanna call..^_^~~blog ni sesaje je utk mengisi mse dikala keboringan n meluahkan rase dikala kebuntuan... just a part of my life story...~~

Monday, March 14, 2011

tahniah Datuk Lee Chong Wei...Malaysia Boleh!!~~ yeahh!!~~

"Chong Wei seperti kena sabotaj
Oleh Hussain Said 
hussain@bharian.com.my 
2011/03/11

Dapat notis singkat kurang sejam sebelum turun lawan Chunlai di pusingan 2 

ADAKAH terdapat unsur sabotaj terhadap jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei dalam usahanya mempertahankan kejuaraan Seluruh England?

Itulah persoalan yang timbul apabila jadual perlawanan membabitkan dirinya dipinda dan dia dikatakan hanya diberi notis singkat kurang sejam sebelum turun beraksi menentang Bao Chunlai di pusingan kedua di Arena Tertutup Birmingham, petang semalam.
Malah, adilkah untuk Chong Wei turun beraksi dalam perlawanan pertama pada jam 10 pagi waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia) sedangkan sebelum itu beraksi lewat malam ketika menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez dalam pusingan pertama. 

Begitupun, minda pilihan pertama itu jelas tidak terganggu apabila menang 21-16, 21-16 ke atas pemain ranking ke-13 dunia itu dalam tempoh 42 minit untuk mara ke suku akhir bertemu pemenang antara pilihan kelapan, Boonsak Ponsana dari Thailand dan Lee Hyun Il dari Korea Selatan. 

Namun, Chong Wei jelas berang dengan situasi itu apabila terus berjalan keluar menuju ke hotel sejurus tamat perlawanan tanpa menghiraukan wartawan yang menunggunya untuk ditemubual. 

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh bagaimanapun menafikan terdapat ‘unsur sabotaj’ ke atas Chong Wei walaupun mengakui urusetia kejohanan tidak memaklumkan pertukaran jadual membabitkan jaguh negara itu. 
“Mengikut jadual asal yang diberikan penganjur malam tadi (malam semalam), Chong Wei akan beraksi dalam perlawanan kelima tetapi nasib baik kami melihat internet pagi ini (semalam) dan mendapati jadual perlawanan sudah dipinda. 

“Kami bertanya kepada pengadil perlawanan yang mengesahkan Chong Wei beraksi perlawanan pertama dan bernasib baik dia sempat sampai dan bersiap menghadapi perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi di Birmingham. 

Sementara itu, beregu emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut mengiringi Chong Wei ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Taiwan, Chen Hung Lin-LinYu Lang 21-10, 22-20 dalam 24 minit. 

Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How turut tidak mahu ketinggalan apabila bangkit tewas set pertama 12-21 sebelum menundukkan pasangan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-14, 21-19. "



TAHNIAH utk jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei...
wahh...sgt berpuas hati n sronok rsenyr ble dpt brite datuk menang n beat down Lin Dan...ahahahaha~~
( x suke lin dan....slalu je eksyen maen ngan Chong Wei....)
amek kauu...haha
kalah jugak....lee chong wei yg mng...lalala


kali ni xde pluang nk tgok...just dgr brite dr kwn jer bg FB...huhu
kalo kt umah ni, mau bsorak x ingt dunia smpai gegar umah...
lg la kalo tgok ngan fmily, ckup la hanye suare sy ngan abh yg m'gegar umah tu...
dats what happen kalo ank + abh tgok sukan especially badminton n bola sepak...ehehe~~


bbrape hari lps ad t'bace brite psl mcm lee chong wei mcm nk kne sabotaj almost dr sume pihak kt all england tuh...
tp, star alwaya be the star...no 1, alway no 1...
nothing can turn him down..hoho
tahniah skali lg datuk...tahniah malaysia...


~~proud to be malaysian!!~~

2 comments:

  1. excited masa tgk die lawan tuh..",

    ReplyDelete
  2. huhu
    rugi jer xley tgok...
    taw2 da mng....
    mng ngan lin dan plak tuh...

    ReplyDelete